Aktiviti Bulan Oktober: Pertandingan Mewarna Bersama Murid Tadika Kemas, Kg Paya

Oktober | 2015

Pada 15 Oktober 2015, satu pertandingan telah diadakan dengan kerjasama oleh pihak Tadika Kemas, Kg Paya. Pertandingan ini adalah langkah permulaan bagi pihak PI1M, Kg Paya untuk bekerjasama dengan pihak Tadika Kemas, Kg Paya. Pelbagai aktiviti telah dirangka untuk bekerjasama lagi di masa akan datang.

Pertandingan dimulakan dengan sedikit taklimat mengenai pertandingan tersebut. Adik- adik kita nampak bersemangat dan tidak sabar lagi hendak mewarna. Hadiah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kategori 6 tahun, 5 tahun dan 4 tahun.

Bagi menyempurnakan majlis, pihak PI1M, Kg Paya telah menjemput ketua kampung, Encik Amir bin Abdullah untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam Pertandingan Mewarna ini.

Sebagai tanda penghargaan pihak PI1M, Kg Paya kepada ketua kampung dan pihak Tadika Kemas, kami telah menyampaikan hamper dan bingkai gambar dengan ucapan TERIMA KASIH kepada Encik Amir bin Abdullah dan Puan Suzana binti Hassan.

Pertandingan ini berakhir dengan sesi fotografi bersama para hadirin.



kembali ke halaman utama